don't worry we have allah on our side...amin

"orang yang dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar"

bila difikirkan.. sy mahu privatekan blog ni.sebab bila sy selalu update blog,orang akn jadi salah faham..pakai phone pun dah boleh update kan?


26 december

^_^ yeaaahh..thanks to my mum...sebab melahirkan saya dan alhamdulillah saya masih lagi berada di bumi ini dengan senyuman dan penuh kesyukuran...

so, sy telah di suprise kan oleh ibu and adik ku yang ketiga sebab dorang tepat je pukul 12 dorang datang peluk and yum pipi..ishh....hehehe..then, hadiah suprise oleh encek tunang..thanks yeaa..

keesokkannya, kitorang ade famliy picnic and sekali lagi disuprisekan oleh dorang yang ada kat situ.dorang ajak main game nenek kebayan.so, mangsa nye adalah saya.kedua2 mata saya telah ditutup and lepas dorang habis nyanyi dorang bukak mata and ada kek depan mata...memang TERKEJUT... walaupun saya dah tahu ada kek dalam peti ais.hahahahaha.....

ape-ape pun terima kasih yang wish besday untuk saya.semoga doa kalian akan dimakbulkan.amin.thanks pada yang beri hadiah pada saya..gmbar hadiah bia la rahsia yea..
and happy besday to pada sepupu saya (zahin) yang sama tarikh lahir dengan saya..


^_^ sayang anda semua..................

entry simple....

sempat lagi ni nak post entry.ader masa 10 minit lagi waktu nak balik keje.hujan sepanjang hari menyebab kan perut sentiasa lapar and tulang and sendi-sendi mengalami tahap beku yang maksimum.
baru jap tadi pi jumpa staff legal kat bawak dorang cakap nana dah susut..aikkk..nampaknye memang nana ni gemuk and dah berisi ke before ni?hehehe...rasa nak makan je balik.

sempat lagi baca entry membe nana cik ina and yaya..nana ade mintak cik ina post kan entry saat dia menjadi tunangan orang.memang kelakar sangat and entry yang comel.hehehe..(teringat adegan pelamin)

cik yaya pulak, nana ade mintak dia post kan entry yang nana mintak.habisla...mesti dia cite yang kaw kaw punya..

ok dah time...jom pulang and makan and tengok tentang dhia... (comelnye nora danish tu ^_^)



aiiipppppp.......pi solat magrib dulu yeaaa..

not good in mood...

down................................................................




kali ni, aku kalah...........and terasa tidak berbaloi...
accept???..... i dont think so..

and please hargai ape yang telah dilakukan..jangan pilih sy sekiranya anda rasa sy tidak boleh melakukan nya...



done.............

17 disember

rancangan telah di atur dengan jayanya and akhirnya beliau menjadi sasaran peluru telur dan asap tepung yang dilontar oleh kawannya sendiri.hehehehe

seperti tahun yang sudah-sudah, memang time hari jadi je memang kitorang tak boleh nak celebrate sesama sebab faktor tempat tinggal yang jauh..macam tahun yang sebelumnya pun sama..nana just akan mintak tolong member2 dia yang duk satu rumah suprisekan dia dengan kek and mini party besday.so, tahun ni pun sama jugak tapi lagi teruk dia kene sebab member dia baling telur and tepung.

itu sy tak berkomplot yea..harap maklum.hehehe

selamat hari jadi untuk tunang ku..............................


16 disember

tahniah..tahniah..and tahniah.hehehe..
tahniah pada sahabat baik nana iaitu cik ina sebab telah pun melansungkan majlis pertunangan beliau..jadi to ina, welcome to the club yea..sesama la kita berkongsi cerita and berkongsi info pasal tahun depan kita berdua akan sesama naik pelamin.cume tak tahu sapa yang dulu and sapa yang kemudian.heheheh..rasanya ina yang dulu kot..
(bersama cik yaya yang bakal menyusul.amin)

tema yang dipilih oleh ina blue+white..memang dekorasi yang sepadan and menarik.nana suke tengok sebab ina ader pelamin.nana takder pelamin pun.heheh..
(ina dan pasangan)

aper-aper pun nana doakan semoga tali pertunangan ini akan terus berkekalan sehingga di ijabkabulkan..sentiasa tabah dengan semua dugaan and happy togather..

ku dilanggar.........

sampai opis macam waktu biasa..lepas lunch and wat kerja sikit terus mesej masuk..dari adikku rupanya and mesej yang dihantar tu memang amat mengejutkan.yang tak tahan tu, adikku mesej yang dia sedih and macam nak nangis.

tak boleh jadi ni..lepas setelkan keje sikit nana terus mesej bos and cakap nak terus balik.kalau tak mengizinkan memang nana EL terus..lepas bos reply mesej nana, nana terus kuar opis.memang keadaan yang tergesa-gesa la..mana taknya, dah dapat mesej yang macam tu.hati tak tenang memikirkan hal ibu ni.dia stil tak sihat lagi and nana kene jugak bawak pi klinik.na mintak tolong dengan adik lelaki dia tak dapat sebab dia kene jugak pergi ke kelas.

di persimpangan trafik light tu, tengah bersusun kereta la menunggu lampu bertukar jadi hijau ni.nana belakang kereta putih,agak mewah sikit and belakang nana kereta kelisa berwarna biru.nana pandang cermin belakang memang nampak la dua orang gadis dalam kereta tu.nana tengok je sebab dorang ni tengah kusyuk sangat mencari barang yang entah aper yang dorang nak sangat cari tu.

sekali tu, nana perasaan yang kereta dia tu bergerak ke depan.nana kedepan sikit sebab takot tercium pulak kereta den ni kang..na kedepan, kereta belakang tu ke depan lak..dalam hati memang dah kata dah, memang kene cium gak kereta ni kang..nana nak hon kang kereta depan pulak terkejut and marah.tetibe hon.yang gadis ayu dalam kereta kelisa ni tak lagi jumpa barang yang dorang nak cari ni..nak cari barang,cari la jugak tapi kaki tu tekan la break dik oiii...

lasty muncung kereta nana dah dekat dgn kereta depan, nana redha ajer la.mata stil pandang lagi kereta kelisa belakang ni.anddddddd..........1...2....3.....KEDEBUKKKKKKKK... diriku tersorong ke depannn...perghh..memang menyirap and nana pandang belakang muka budak kereta kelisa tu tengah ternganga sebab terkejut..baru lak ko perasaan kan wahai budakkk.tadi ko kemain lagi mencari barang ko tu..

budak tu dengan muka pucat tengok nana dalam kereta and dia keluar.nana ape lagi keluar la and tengok kereta nana.nasib baik tak kemek (kuat jugak bumper ni.hehe) tapi stil bercalar sikit kat bawah tu..budak tu 'kak, sori kak,sori..calar tak kak..ok tak' and nana dengan muka yang macam tikus mondok (agak garang) pandang budak tu and kasi jelingannn mautttt punye..ini jelingan boleh sampai ke lubokkk hati and memang tak tenteram la wahai budakk.memang akan ingat sampai la dia berhenti kereta dia nanti.heheheh...

nana masuk kereta and terus gerak sebab lampu dah hijau and mata stil pandang kereta kelisa ni.agaknye budak ni dah takot dia bawak slow je and tak berani nak memotong nana.hehehe..

hati tercalar,kereta pun tercalar....and jumpo doktor laaaaa....


moral of the story....'sila pastikan kaki anda memijak pedal break sewaktu anda sedang mencari barang.kalau tidak, barang anda tidak dijumpai tetapi muncung kereta anda akan cium bumper kereta orang lainn' --harap maklum---

cerita weekend

tengah landing lagi kat atas katil, nana terkejut dapat pangilan di awal pagi..hehe.almaklumla masih lagi mamai-mamai..
pangilan tu dari encek tunang.dia dari rumah maknya.so dia mintak temankan dia pi beli barang..jadi nana macam mamai2 ni cakap okey je la.padahal punye la jauh encek tunang nak cari barang.sampai ke melaka nak cari barang..rupa nya dia nak cari barang untuk hantaran nanti..na tahu mesti korang rasa maca AWAL nya beli barang hantaran ni..tapi kan, lepas nana borak2 dengan membe nana, baca blog yang cik ina kasi tu, memang berbaloi bila baca..hehehe.thanks ye entry blog cinderella tu.heheh.
memang betol, lepas kita beli memang nampak pengurangan barang yang tinggal.barang yang jenis barang basah nana tak beli dulu.semalam just beli set barang wangian untuk lelaki and perempuan..encek tunang pun belikan jugak buku ilmiah untuk dijadikan hantaran jugak..agak kelainan sikit.so, sekarang ni just tingal 4 barang untuk lelaki, dan 3 barang utk perempuan yang belum lagi setel.rasanya kalu tiap bulan beli memang cepat setel la kan.satu bulan boleh beli 2 jenis barang jadi wit yang lain boleh simpan untuk perkara2 yang lain..

lepas baca entry yang cik ina kasi, nana ingat nak ikut petunjuk cik cinderella tu.sebabnya kebanyakkan benda dia buat sendiri dan tidak memerlukan badjet yang besar.dan itu amat menjimatkan sebenarnya..jadi nana ingat nak buat kad kawen sendiri serta goodies bag sendiri..belum lagi design nak macam mana tapi nana dah tahu nak buat ape..thanks yea ina.heheh

untuk bekas hantaran pulak, semalam nana ader baca majalah pengantin.so, ader satu tempat yang murah dekat ampang..(cik ina, nanti kita pi sana tengok yeaa.)

so, itu je nak cite untuk hari ni.heheh..tak boleh lelama nak update blog ni sebabnya saya sudah kembali sibukkkk.hehehe..

hari last

ni bukan sebab nana last kerja .tapi sebabnye hari ni last keje...(eh.bukan sama ke ayat tersebutt)

sepanjang minggu ni bos nana tak der kat opis.dia and anak2 nye pi outstation di langkawi.best tu boleh tengok LIMA yang tengah sibuk wat gimnastik kat langit tu kan.ishh..ngeri den tengok..
sepanjang ketiadaan beliau opis berjalan seperti biasa. dan nana telah diberi tugas khas oleh bos lawyer untuk kerja-kerja legal beliau..dah setel pun separuh.hehehe...yang separuh lagi tengah tunggu dokumen.

so, minggu depan bos ku akan kembali.macam rindu la pulak.hahahahah...

~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnya bukan rindu aper, tapi tak sabar nak tanye bos macam mana nak order chese tart tu??? dah abis la bos..tinggal bekas plastik tu je...

luahan.........

jarang sebenar nya nana nak luahkan pada orang lain aper yang nana rasa.sebab nana ni jenis tidak suka berkongsi and lebih suka memendam sahaja.dan akibatnya bila pendam perasaan tu, terus buatkan kita lagi teruk sebenarnya..

jarang juga untuk berkongsi masalah sendiri pada orang lain.termasuklah orang yang paling dekat dengan kita.sebabnya nana jenis yang tidak suka memberitahu and share hal-hal peribadi..

tapi yang sebetulnya....











..........PERHUBUNGAN INI SEDANG DIUJI

tiada kata2..............




I




WANT





TO







...................................................................................CRY

bila komputer buat perangai....tuannye jadi 'TING TONG' (Part 2)

bila sudah tension, tetibe terkeluar pulak ilmu melukis yang ado ni haa..pernah memenangi pertandingan lukisan wakil sekolah menengah dulu walaupun berjaya berada ditempat yang ketiga.(hehe)

sambil-sambil menunggu pc yang biul menjadi betol balik, nana mengisi masa lapang dengan membuat kerja yang berfaedah ini.maka dengan itu, terhasil la lukisan yang menggambarkan perasaan pada waktu tersebutttt.................mula-mula sabar lagii.....
--
--



sejam berlalu......muke dah feedup dah nii.....

--
-

---

---
akhiryaaa.....

sy membuat satu keputusan

---

---

---


fahami gambar je la ekk..tak perlu la nana nak bercerita lagi.heheheh...tak kuasa nak melayannnn....

bila komputer buat perangai....tuannye jadi 'TING TONG' (Part 1)

Aku mempunyai seorang teman, nama nye cik tik...dia comel dan berwarna kuning..dan agak gemuk sebab dia selalu makan..aku pun tak tahu dia makan aper.hehehe...(hai..namaku cik tikkk)
pada suatu hari, cik tik bertanya kepada ku..kenapa aku bermuram durjana (perghh ayatt)
aku pun cerita la kat cik tik ni sebab ape aku bermuram..komputer aku rosak dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membetol kan pc tersebut.tension dibuatnya kerana skirn komputer itu stil loading pada setup dah tak bergerak.cik tik pun melihat skrin yang aku maksudkan.dari riak wajah nye memang dia begitu simpati dengan nasib yang menimpa aku ni.(kesiannye, napa tak loading yeaaa..kata cik tik)
tetibe, aku terkejut..lepas dia tengok pc aku ni, dia bergulingggg-gulinggg..
pelbagai aksi yang dia kasi tunjukkan pada aku..tak kan nak menghibur kan hati aku kott..buang tebiat ke apee kann..gulingggg...gulingggggggulinggggg lagiiiiiii........
nana pun dah jadi macam herannn...buang tebiat ke cik tik nii kan..orang lagi stres-stres dengan komputer dia boleh pulak buat aksi gimnastik beliau depan kita ni haaa...ishh..
rupanya cik tik ni ingin menyampai kan sesuatuu...last sekali dia tunjukkan kan pada nana suatu perkataan yang memang membuatkan rasa nak makan je cik tik niii....
ni haaa
---
---










---



--



--




--
rasanyeeee...patot goreng keee patot bakorrr jeeee.....

ceritera


bukan hadiah hari jadi......tapi hanya pemberian daripada seseorang
sukeeee ^_^

virus melanda

ha..betol...virus melanda ni.
bukan virus ape pun.tapi ni virus kat pc ni haa...
cite nye camni..pagi-pagi sampai opis.macam biasa la rutin harian nana kan.nana on la pc.so, perkara utama yang nana lakukan adalah mengecek email.sebab nya staf nana and bos nana suke kasi email and job yang nana kene buat.so pagi tadi adalah satu inbox..nana 'klik' je kat inbok tu, terus keluar satu link and link tu open.ingatkan link aper la kan.rupanya link XP antivirus 2012.
sekali antivirus ni terus dowload and scan pc nana.terus tak boleh bukak email and internet.and dalam keadaan yang begitu cuak itu,nana terus copy semua dokumens and transfer pada sever..tapi lastly ader jugak documents yang hilang and sampai sekrang tidak dijumpai <---agaknye dah lemass..hehehe>

so, saya boleh bernafas sikit walaupun tengah duk fikir lagi ni camne nak buat dengan dokumen yang hilang tu..tak kan nak taip balik ka??? aiyo.banyak tuu..

untuk korang, jangan bukak email sebarangan tau.kang jadi macam aku ni kang.susah..

ishh...

haih...betol betol tak geti duduk diam la...
padahal baru je tukar wajah blog ni..
tapi tangan ni gatai benor nak tukar yang lain jugak.ader je yang tak puas di hati..

tengok, dah tukar wajah lain dahh..hehehe...


apesal asyik demam je ni...

punye la panjang tajuk nye.heheh..
tu la.asyik demam je..hari tu demam sebab keracunan makanan.pastu ni semingu lepas baik demam selsema + batok la..yang jadi tak tentu arah ni sebab nya suara pun tak der sekali ni.
kat opis aku la yang jadi paling pendiam.hahaha.. (memang pon...)
tapi baru perasan..lately ni memang mudah kene demam...ermmmm...patut kah jumpa doc??
atau antibody yang tak cukup kuat??? atau aku ni sebenarnye pemalas??? ... <---- rajin ok >

takpo la...yang penting kene jaga diri and kuatkan stamina..
tapi hidung saya tersumbat laaa.....

tetiba teringat cerita kawan ku meylan... <---belon terkeluar dari hidung.kihkihkih>

hoyehhhhh

waaaa......blog saya sudah berwajah baru la...
ni yang buat cik ina kita akan berjeles jelesan ni.hahahah.. (jangan marah yee)

dont worry cik ina, nanti cari template baru yea...
cantik-cantik tau..rambang mata hehe..
-------------------------------------------------------------------------------------------
erm, hari ni tak der cerita hot mahupun cerita yang lain.semua okey dan isnin aku cuti awal muharam.
tiada aktiviti..sekadar duduk dirumah and makan, and tido, and makan, and tido...

have a nice day ^_^

abang as.......kar....

kejadian ni pagi tadi...heheh..aku suke pulak tengok abang askar dengan kereta yang begitu besar itu..agaknya nak pergi berperang agaknye..
rasanya kan..ape yang akan terjadi kalu hujann..
mesti dorang kelam kabut nak masuk dalam kereta tu kan..aku pun tak tahu nak panggil ape benda alah ni..kereta ke trak???hahahahah....
tapi ia nya menarik minat aku dan terus mengimbau kenangan di Kem Puteri dahulu..

bila agaknye nak pi terengganu kannnn?????

aiyooooooooooooooo.......

ingatkan semalam dah setel la bab menyakit kan hati ni.rupanya, hari ni pun sama jugak.
sakitkan hati orang aje keje nya..orang yang sama pulak tu..
tapi tajuk kesnya lain sikit..
takpe la..memang rasa sakit hati sangat sebab dia cube untuk menghasut orang lain dan akan menyebab kan orang itu akan membenci aku..ohh,,tidak bagus yea cara kamu itu...
tapi, Tuhan itu Maha Adil..Dia akan tunjuk jugak pada kebenarannya nanti.
dan aku tidak akan mengalah..dulu memang, aku akan sentiasa sedih dan down bila benda2 ni terjadi pada aku.tapi akibat terlalu banyak yang berlaku, aku jadi belajar pada sesuatu perkara..
'kita tidak akan sentiasa di bawah, kerana kita jugak akan berada di atas juga nanti'

dan pada kamu....jangan la kamu berbuat benda yang begitu.sebabnya dia tidak memudaratkan aku sikit pun.tapi dia akan memudaratkan kamu kerana ramai orang yang tidak akan percaya pada kamu serta tidak akan menyukai kamu lagi.dan aku tidak akan gentar kerana aku berada di laluan yang betul dan bertindak mengikut arahan.dan arahan itu bukanlah dari kamu. kamu dan aku adalah sama sahaja status di sini iaitu.........MAKAN GAJI

MOOD : tidak stresss langsung.....dan aku happy ^_^

sakit hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

haihhhh......pening..pening..pening...
mood pagi2 tadi dah spoil..sebab nya, nana kene SAMAN dgn pak polisi..
aiyoooo...dah dua tahun keje kat mitc ni tak pernah pulak aku kene saman.tetibe hari ni memang kurang bernasib baik, aku kene saman disebabkan aku salah lorong...
yang menyebabkan sakit hati lagi tu, orang yang sama lorong dngan aku tidak pulak di samannya..alasan yang diberikan 'beliau tidak cukup kakitangan nak tahan semua kete'..
so, keta aku ni????ape kess kan..haihhh...
mula la, bila dah kene saman ni merunggut je keje nya..--->memang salah ko kan nana..heheh.

status saman : dalam beg
mood : nak bgtahu ibu and ayah ke tak???.heheheh
firasat : cik piah bakal mengamukkkkk.....arghhh..takuttt..
________________________________________________________________________________

haih, bertambah tension pulak aku..lepas bab kene saman, bab ragam orang opis lak.
tak patut beliau buat camtu..memang menyusahkan aku sebenarnya.
tapi aper boleh buat.beliau ada kuasa vito di tangan dan beliau boleh buat sesuka hati.
mungkin beliau ader syer kottt...
tapi perangai beliau memang sudah melampau dan tidak seharusnya buat begitu.
dalam seminggu ni memang aku asyik layan kes dia ni je.
and finally, semuanya setel today and kesian pada supplier yang aku tipon..kene marah dengan aku gara-gara tidak memenuhi kateria yang di kehendaki oleh beliau itu..last sekali, aku suruh je supplier tu balik and kemudian aje hantar barang yang tertinggal itu..lantak le beliau cari jalan penyelesaiannya nanti......

status : feedup
mood : singa laparr...
firasat : ader yang kene ni kanggg......

gila nak masakkk....

kerja partime aku sekarang ni tengah tengok2 resepi yang best.hahahah..
hari tu aku berjaya membuat roti gardenia pizza..menjadi tu..hidang kat family bertepek-tepek pujian.hahaha..orang yang jauh pun cemburu sebab tak dapat rasa.hehe
terus keesokkannya aku jadikan sarapan pagi..licinnnnnnnn.....
so, cadangnye ahad weekend hari tu nak wat chese cake.pulak tu along aku teringin gak nak makan cake.last sekali chese cake aku terus takder sebabnya badan semua dah sakit-sakit sebab mengemas store..fuhhhhhhh..terus frust tak buat.kene tunggu weekend akan datang le..

ni, tengah takde keje sangat ni, syok aku melayan satu lagi blog resepi yang best..tangan ni dah menulis dah resepi yang nak buat nanti.hahaha...entah bila nak buatnye kan.tapi yang penting WAJIB buat sebab aku asyik makan BOS aku punye cake aje..jeles betol sebab aku tak buat2 lagi.hahaha...alang-alang tu nak dengar pujian yang bertepek-tepek itu.hahahaha....

cuti panjang....MENU??? chese cake?? swiss roll nutella???...nyam.nyam ^____^

boleh tanye..............TAPI....

ERM..ape yea korang rasa kalau setiap hari di tanya dengan soalan yang sama dan kadang-kadang sampai boleh berulang-ulang soalan yang ditanya tu..
kadang-kadang sampai 1 hari pun boleh rotate balik soalan yang dah ditanye. sedangkan jawapan telah pun diberi dengan tanda noktah dan bukannya koma...

yup, memang kadang-kadang rasa dihargai sebab ade yang ambil berat.tapi "ambil berat' pun boleh juga di tujukan pada benda lain.mungkin bukan dengan soalan yang perlu ditanya tiap-tiap hari sehingga aku sendiri dah tahu aper yang bakal ditanya and ape yang aku akan jawap nanti.

TENSION...
tipu la kalau aku kata takda..kadang-kadang benda yang ditanya tak kene pada tempat nya.yea,masing-masing sibuk,penat,letih balik keje, tapi berpada la jugak soalan tu kan...ni sampai semua orang ditanye nya.kadang-kadang sampai aku sendiri tak tahu nak cakap ape..kadang boleh sampai menipu sebab gara-gara takot dia bertanya berlebihan..(tak baik kan aku)

aku sendiri pun jenis yang tak suka bertanye.sebab bagi aku, kalau seseorang tu ingin berkongsi mesti dia akan bercerita sendiri pada orang itu.dan aku pun memang macam tu, susah nak bercerita melainkan orang itu memaksa atau aku sendiri yang rasa nak bercerita..

LEBIH 6 TAHUN....
susah agaknye untuk memahami dan rasa di fahami..

boleh tanya..tapi BERPADA-PADA

MENYIBUK..
bukan la selalu bertanya tu maksudnya menyibuk atas urusan orang lain, tapi hendaklah berpada2 bila bertanyakan sesuatu soalan.mungkin banyak lagi benda yang boleh ditanya.dan bukan lah bertanya pada satu-satu soalan yang sama pada tiap hari.

heppy besday bos....

ha...hadiah untuk sapa pulak nii.....
...
..
.

.
.
.
.
.
.
.
oooo..rupanye hadiah ni untuk bos saya.hehe
h...hari ni hari lahir bos saya...jadi sy nak ucapkan selamat hari lahir serta dipanjang kan umur and dimurahkan rezeki.sentiasa berbahagia dan gembira selalu.amin..

ni sarapan pagi tadi..my head bos buat mini party untuk adiknya
sedap nasi lemak.hehe
may allah bless u.... ^_^


takder kojee......

ha..memang la..betol la..memang tengah tak der kerja nii..
tak tahu nak buat aper..aper lagi 'blogwalking' arr...
memang sejak akhir2 ni na suke sangat baca blog orang.sedangkan memang tak kenal langsung.tapi itu la hakikatnya, bila tak kenal, maka tak tahu la cerita di sebalik blog tuu..

antara blog yang na suke baca sekarang ni
http://selamattinggal.blogspot.com/

http://faniafnan.blogspot.com/

http://www.cikbulat.com/

http://kangensyurga.blogspot.com

dorang di atas ni lebih menggunakan lukisan karton untuk menyampaikan mesej.melalui kartoon tu, dorang selitkan juga bab agama dan aper yang patut dikuti..memang best...cemburu tengok dorang pandai mengedit karton tuh.hehe.kene belajar ni..

and untuk blog yang funny, nana suke baca blog ni http://thisisguitarburok.blogspot.com
kelakar habis..kalau nak release tension boleh la kan.hehehe...

and untuk blog yang berkongsi rasa,sedih,gembira nana suke baca yang ni http://miera301.blogspot.com/.
memang sedih and penuh dengan ketabahan...

so, korang aper yang korang suke baca?? kongsi kan la untuk nana..boleh tumpang sekaki kan.hehe

today nana tak tahu la nak kongsi aper kat koranggg...
harap korang sihat ajer la kann..
yang belum jadi follower cepat jadi i punye follower ek..ceh,cakap macam leh dapat hadiah je pulak.hahahah...

..............TAPI..NANA SUKE TAJUK BERITA HARIAN HARI NI..HAHAHAH.................

"RM1,500 gaji pokok
Oleh S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/09/29

MTUC berpendapat penetapan upah minimum tinggi seiiring pertumbuhan semasa dunia, kemajuan pesat negara

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya, semalam digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.
"

***ehem..ehem.....bos....hehehe...... saya sayang bos saya..... ^_^

padaMu ku bersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nantI

ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

tak tahu la nak post aper hari ni.tetibe terdengar lagu ni macam best jugak.rupanya OST dari drama 'Keimanan Cinta' di tv9.na layan habis cite ni.memang best.sediah and banyak pengajaran.terutamanya bagi permulaan sesorang itu memasuki islam.hanya membaca terjemahan al-quran sahaja..

erm,kalau nak tahu tengok la nanti cite ni....

*bila nak tengok wayang niii..

sabtu yang relaks

huhuhuhu....tetibe pulak nak berkongsi pasal sabtu lepas.
along nana ader balik umah so, di kesempatan itu, nenek dengan kuasa yang ada padanya telah mintak tolong pada along alihkan pasu kat tempat baru..

tapak baru bersimen la kata kan.aper lagi, lepas je mengisi perot terus masing2 ke bawah.kononnya nak alihkan pasu la kan.tapi si adik nana tu sibuk pulak ambik gambar.kononnya dia la yang buat kerja semua nya kan..so, nana ambik gambar dari dia je and share dekat sini..enjoyy..di sebalik pokok...
kasi sibuk ajer ini budakk..

ini bukan bibik tau.heheheh

dengan kain batiknye.ishhh...

ini budak asyik ambik gambar je....tapi tak wat keje.ishh

sekiannnnnnnnnnnnnn.. ^_^

hoyehhhh..raya..raya..raya..heheh..macam meriah je bunyi nya kan..
hari ni ader jamuan hari raya kat opis nana.so, kebanyakkan yang hadir adalah client nordin group tu sendiri..so, hari ni memang best la kalau makan banyak2 kan untuk menambahkan berat badan.heheh..
so, melaram sakan la orang kat opis ni.semua pakai baju baru.hehe.nana takder la pakai baju baru pun.just tudung je baru.baru beli semalam.heheh...
ikut tema sebenarnya..warna purple bagi department nana.so,baju raya more to pink color.jadi macam tak sesuai jee..

mood : hepiiiiiiiiiiiii ^________________________^

kemampuan

erm...tadi masa makan, cerita pasal bab2 kewangan ni.bukan nye aper, kadang2 iri hati jugak member semua ader kewangan yang kukuh.ader yang telah membeli aset semua kan..tapi takpe.perjalanan masih lagi jauh.na stil tengah usaha untuk memperbaiki mutu kewangan.chewaahh..erm.tapi tula..muda2 lagi dah ader rumah.jadi bila dah kawin and punye anak dah tak perlu risau lagi mana nak duduk...erm, takpe cik nana, cube usaha..cayukkk.

erm pasal semalam..hari ni macam takder mood jugak pi keje.tapi pi jugak sebab itu la sumber rezeki kan.so, dalam hati dah tetapkan pendirian ni.kalau berlaku jugak sekali lagi, memang akan na serahkan semuanya la kan.selagi na boleh sabar, na sabar..cube kadang2 memang pelik dengan perangai orang keliling ni.mesti je ader rasa yang tak puas hati dengan aper yang kita lakukan even pon perkara yang kita buat tu bukan lan kita boleh dapat pun.nama pun kerja, so, buat semua tu di sebabkan amanah and tugasan and sebagai pekerja itu la yang kita lakukan.takpe la, harap benda ni tak berlarutan.

p/s***..ader orang ternanti2 post blog ni rupanye..tak tahu pulak..sabar ye cik ina..heheh


T_T

boleh tak.....
...
...
...
...
..
..
..
..
boleh takkkkkkkk.............
-
-
-
-
-
-
-
BOLEH ke TAKKKKK NII.......
...
...
...
..
.





ISHHHH......
..
.
.
.
.
.
..
napa la korang ni suka sangat sibuk kerja orang lainn...
napa perlu ader hati yang begitu..
dah bertahun dah..tak pernah jadi hal pun..
tapi kenapa korang buat hal and menimbulkan hal tu..

takperlu semua tuu..berlajar la untuk jadi yang terbaik and bukan la menjadi orang yang berniat tak baik..

haiihhhhhhh.......semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa ku...

dapat hadiah..hoyehhh!!!

hoyehhh..gumbira rasa hat..sebab aper gumbira ni??sebab saya dapat hanphone baru dari along ku tersayang.hehehe...

camne rupa hadiah tu????
camni la...tadaaaaaaaa!!!ho.ho.ho...begitu gumbira..heheh

kalau nak cerita pasal handphone ni memang la nana paling lambat tukar hanphone.selagi tipon tu boleh gune, selagi tak tengelam dalam air, selagi tu la gune walaupun keypad dia dah bertukar warna.hahah..bukan aper, kadang2 sayang la.lagi pun wit tak mencukupi nak tukar.ingat tak jeles ke tengok orang lain ader tipon cangih2???hehehe...tapi aper kan daya...gune ajer aper yang ade.tapi bila pikir balik rupanya baru sekali aku beli tipon rupanya.heheh..ini la dia tipon yang first nana beli menggunakan wit gaji sediri..sony w200isampai sekarang masih lagi bernyawa walaupun kadang2 dia mati sendiri.hahaha.lama tuh, nak dekat 4 tahun dah.hasil wit gaji keje part time.hehe.sekarang,kalau nana pi tengok pun kat kedai, dah 100 lebih je harganya.manyak murahhh...

pastu advance sikit..encek tunang hadiahkan fon sempena hari lahir.dua tahun yang lepas.hehe.ini dia..sony w960i..
pun begitu, nana tak mengeluarkan duit langsung.hahah..pemberian orang kene la guna kan sebaik mungkin walaupun kadang2 tengah bercakap dia mati sendiri.ish.ish..baterinya ader problem.stil juga bernyawa sampai sekarang.hehe..jadi 2 biji sony ini akan stil berada di sisi ku.heheh..tak hinggin nak buang jauh2 sebab semuanya ader tersimpan memory..chewahhh gitu..

so, kepada along, tengkiu banyak2 kasi hadiah tipon.walaupun ku agak kuno nak menggunakanya, akan tetapi aku akan fahami cara nak mengunakan nye.hehe.lepas ni tak boleh la taip mesej sambil drive.almaklumla, touch skrin..aku tak pandai lagi.hehehe..

~merancang kewangan~

ho...aku telah dipaksa untuk membaca buku yang bertajuk 'Nota Jutawan Nota Kewangan' oleh abg aku..
mule2 tu macam mengelat la jugak nak baca.tapi pabila dia sibuk bertanya sama ader dah baca ke belum, aku terus khatam kan semalam jugak.hahaha...
yup...setelah baca, memang tak di nafikan aper yang ader dalam buku tu memang kene mangena dengan kehidupan kita..
memang kena batang hidung sendiri la kann...jadi banyak tips yang berguna aku dapat.
antaranya :-

  • simpan daripada 10% daripada pendapat.contohnya kalau gaji kecik mana pon 10% daripada gaji tu, kita kene ketepikan. biala sikit mana pon, tapi simpanan itu yang amat penting.
  • kalau gaji dah tinggi, maka peratusnya pon kene tinggi jugak.contohnye, dulu simpan 10% je, tapi sekarang simpan pulak 30% daripada pendapatan tu.
  • sekiranya nak membeli sesuatu barang, tetapkan 30hari atau pon 2 minggu masa untuk memikir sama ada perlu atau pon tidak.kemudian, selepas tenpoh tersebut barula kita datang semula untuk membeli.kadang2 dah terlalu lama untuk memikir, kita pon tak jadi beli.hahah.dah jimat duit kan.kan..
  • bab dapat bonus pulak.selalunya kalau dapat bonus ke mesti nak beli barang yang kita impikan.sebenarnya, kita perlu jugak tetapkan peratus untuk bonus itu untuk simpanan kita dan selebihnya daripada peratusan itu baru la kita beli barang yang kita inginkan.
  • lagi aper ekk...banyak tau tips2 yang berguna ni...korang kene beli la buku tu.baca sendiri and fahami.chewahhh.
yang penting, nana nak ambik tips kat buku ni.sebab nya aku nak jadi jutawannnn...hahahha
KAYA..KAYA..KAYA..KAYA...

syukur ^_^

alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi...pada 04/09/2011 akhirnya selesai juga majlis pertunangan ku dengan calonku ^_^ heheh

semoga dengan ikatan ini akan di rahmati serta berterusan hingga ke waktunya nanti.semoga Tuhan memberkati perhubungan ini dan permudahkan segala urusan dan liku perjalanan yang bakal di tempohi.
.

thanks to ibu,ayah...
thank to sponsor barang (pakteh,pakitam,pakcik,makuda,along,erin dll)..
thanks to kawan2 yang wish..
thanks to ^_^ coz sudi menerima seadaanya...
thanks pada semua sedara mara,sepupu,jiran yang menolong semasa majlis tersebut..

* status dah berubah...jgn risau, saya tetap yang sama.
camat hari raya................ love


menghitung hari ^_^

alhamdulillah bersyukur ke atas berkat dah limpah rezeki yang di berikan..amin ^_^

harinya bakal tiba..tidak lama je lagi..
terima kasih tak terhingga atas semua pertolongan yang di beri.
dari segi pertolongan komunikasi, barang2, pendapat dan cadangan.

terima kasih pada semua yang terlibat.
saya amat hargai sangat.semoga Tuhan akan memberkati majlis itu dan anda semua..

^_^

rutin hariann....

4.45pagi :- Bangun Sahur, hidang aper yang patot.

5.30pagi :- Basuh semua pingan,kemas dapur,lap2 aper yang patot.

5.50pagi :- Baring kejap kat katil sementara tunggu nak bangun.

6.25pagi :- Bangun balik.siap2 untuk pi kerja pulak.

****** waktu bekerja****

5.15petang :- selamat sampai dari tempat kerja.terus pi dapur. masak aper yang patut.basuh
pinggan.hidang aper yang patot.dah setel terus mandi and solat.

6.30 petang :- hidang pulak makanan yang dah masak.bentang tikar,makan bersila je kat umah
hehehe.buat air untuk nenek and yang lain.and stanby untuk berbuka.

7.30petang :- selamat berbuka... ^_^

8.00malam :- Kemas2 pinggan, basuh pinggan, kemas lantai, mop kejap...lap2 dapur..

8.30malam :- dah setel semuanya.....jom terawih pulakk..<--kalu larat la yeaaa....

10.00malam :- Uish mengantoknyeee laa...jom tido pulak, siap2 kunci jam kul 5.45 pagi..

kringgggggg.......(jam loceng)

ehhh..dah pagi kerrr....oohhh..ulang semula rutin ini.. haihhhhh.....

STRESSSssss.......

yup..itu la yang boleh digambarkan pada waktu ini..macam2 yang berlaku sampai kan aku sendiri yang terasa dengan apa yang berlaku..kadang2 sampai rasa tidak adil bagi aku yang selalu hadapi.tapi itu la realitinya..

dan semoga semua itu hanya sementara waktuu......aku tak larat untuk menghadapinya lagi...

T_T

yea..baca tajuk entri ni pun dah boleh buatkan ramai orang akan teringat hal2 yang berkaitan pasal tajuk tu..rasanya semua orang pon akan mengalami masalah tersebut.dan termasuk la aku sendiri yang mengalami kesempitan.
kesempitan dari segi pemikiran,kesempitan dari segi kedudukan,kesempitan dari segi kewangan dan berbagai bentuk kesempitan. tapi sebagai hamba Allah aku sentiasa bersyukur dengan aper sahaja nikmat yang telah diberikan oleh Nya untuk aku di muka bumi ini.kerana sesungguhnya aku masih lagi mempunyai peluang yang orang lain tak dapat peluang itu..

TETAPI....

kadang-kadang hati manusia sentiasa dipengaruhi oleh orang keliling serta bisikan syaitan.sentiasa alpa dan terlupa dengan apa yang ader sekarang ni.dan aku juga dapat tempiasnya.
kadang-kadang apa yang aku mahukan selalu sahaja tidak dapat.kadang-kadang bila sudah dapat terpaksa juga di lepaskan.kadang-kadang sehingga terbawa2 pada orang lain.dan itu tidak adil bagi mereka.
kadang-kadang sehingga aku terfikir mengapa aku tidak seperti orang lain.kenapa aku ini dan kenapa orang itu.kenapa dia boleh buat macam tu dan kenapa aku tak boleh wat macam tu.kenapa dia boleh dapat itu dan kenapa aku tak dapat macam aper yang dia dapat.sehingga la aku sendiri menjadi letih dan terlalu redha dengan apa yang terjadi dan tiada satu usaha pun yang aku lakukan untuk semua itu.
patut kah aku biarkan masa yang menentukan ataupun aku sendiri yang melakukan ataupun berpijak pada dunia yang nyata.....dan hinggala memakan diri sendiri....
dan sehingga hari ini aku berharap agar aku tidak terlalu jatuh..aku perlu bangun dan tidak terlalu memikir sehingga boleh berlaku stress pada diri sendiri..
semoga Tuhan melimpahkan rezeki serta mempermudahkan segala urusan ku dan membuka jalan seluas-luasnya pada diri ku.....Amin

hati ini.....

hati ini.....di kongsi juga akhirnya....

hari itu.....di kongsi juga akhirnya....

tarikh itu....di kongsi juga akhirnya....

masa itu....di kongsi juga akhirnya....

suasana itu....di kongsi juga akhirnya....

semuanya di kongsi bersama...








apakah itu?????
tunggu dan lihat..yang paling penting...semua nya menunggu saat itu dan gembira saat itu


p/s: makuda, congrats......

Mufyz Production: Handmade Pop Up Book: Its Birthday Time!

Mufyz Production: Handmade Pop Up Book: Its Birthday Time!: " jom follow...the great pop up card

=)

saya sudahhh sihattttttttttttttttt ^_^

ishh..bila dah kene usikk

ishh..letih betol aku dibuatnya..
memang pantang betol kan bila kene usik.pagi2 pulak tuh..na pergi la kat umah jiran sebelah.nak ambik sarapan yang di tempah..biasala nama pun kedai makan, jadi ader la mamat2 yang lepak kat kedai tuh.jadi buat macam biasa je jalan..
hujan renyai2 pulak tuu..jalan sambil pegang payung..alkononnya mcam la ayu sangat kan cik nana nii.hehehe..

dah bayar semua sarapan tuh.ader pulak satu suara.la..'cepatnye bayar, baru tadi nak bayarkan'..
den sonyummm yo la kat mamat tu.tapi malu pon ader la kan.so jalan la cam biasa ke kereta.nak gerak la kononnya..sampai je kat kereta, tibe2 bau semacam..pulakkk..sapa punye ta.........k pulak ni..
tunduk, tengok tapak kasut sendiri..hampehhh tolll.....den terpijak ta....k kucinggggg....eeeiuuwwww...ucukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
dalam hati, marah betol pada diri sendiri..malu tak tentu pasal, smpai jalan pun tak pandang bawah..kan dah bawak ta.....k kucinggg..

terkincit2 la nana pi tukar kasut.last sekali ibu kata, takpe la ngah, letak je kasut tu kat pili tu.ti tahu la ibu nak wat per...hahahahah.....

tq ibu....and kucingggggggggggg........ishhhh

*_* ish..nanot..nanottt

frust t_t

lama betol nana menyepikan diri..bukan ape setelah gangguan internet yang berlaku di area tempat nana bekerja, agak sukar untuk mencatat aktiviti harian..tapi memang kali ni terpaksa jugak nana catatkan cerita sedih yang berlaku semalam.. nana terlepas satu interview dari bank AMbank Insurance and memang nana frust sangat2 sebab nana sendiri yang apply.tapi memang saje2 je apply mula and memang tak yakin akan di panggil temuduga. nana apply di Job Malaysia and dah lama juga sebenarnya..then semalam dalam tengah hari baru la line internet baru ok. jadi nana tengok email macam biasa.sekali tengok ader satu inbox yang menarik perhatian.tapi wat selamba je lagi sebab selalunya web tersebut akan update.jadi nana bukak jugak web tu and tengok kat list tu 'PANGILAN DITEMUDUGA' dalam hati memang berdebar2 jugak la.yela first time lak tu dapat pangilan temuduga.sepanjang nana apply memang tak pernah nana dapat.jadi memang exciting gile la.sekali tekan lak pada maklumat yang ader kat situ..

pangilan temuduga: 19/05/2011
jam: 12.30pm
whatttt..........terlepasssss..minggu lepas rupanya.. t__t sedihnyaaaaa...macam2 benda telintas kat kepala,macam2 tuduh menunuh terjadi,pasal internet la,kenapa tak call la,rumah tak pasang internet la,komputer rosak la..saling menyalah antara satu sama lain.. and lastly, na balik rumah, say something pada ibu and kebetulan ader along,erin and diknor and kat situ jugak la air mata memang meleleh lajuuu..siap dengan mata bengkak and merah lagi...sedih punye pasal..sedih sebab terlepas peluang yang selama ni selalu menjadi angan-angan..

and ibu nana kata, takpe la, mungkin ader hikmah semua tu.sabar je and tunggu mungkin ader yang lebih baik daripada yang terlepas tadi. mungkin Tuhan telah selisihkan semua tu sebab Dia mahukan nana dapat yang terbaik and sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..

lepas solat Magrib and nana doa, semoga Allah sentiasa ada pada nana and nana tahu Allah akan berikan satu hikmah yang baik dan yang sesuai untuk hambanya..... life must be go on..yang dah terlepas,biarkan belalu.............peace *_*

PART 2 : Ragam Dik Nor~

sambungan daripada part 1 ari tuh..ni kali ni nak cerita pulak pasal Korea pulak. di sebabkan dia ni selalu tengok cite korea (termasuk la aku) and peminat penyanyi2 di sana, dia dah fasih sikit2 dan faham bahasa Korea..kadang-kadang di rumah pun dia akan cakap Korea..gilo agak ehh.heheh..

situasi tetap juga di Pusat Pesta Buku baru-baru ni..tengah dia berjalan-jalan ader pulak la perempuan Korea yang panggil untuk tolong ambilkan gambar dorang semua. adiku punye la excited nampak perempuan Korea tu, dia terus sapa perempuan Korea tu 'Haneongsayo'--->dalam bahasa Korea (maksud: helo/hai).punya la terkejut perempuan tu..'hey, u can speak Korea?' kata perempuan tu..aper lagi, adik ku kembang hidung la kan.siap dia interview perempuan tu study kat mana (time interview tu, dia cakap omputih)..punye layan dengan perempuan korea tu, dia dah terlambat.takot bus tinggalkan dia nanti, so dia pon cakap kat perempuan korea tu.cakap omputih, kononnya teror la...dengan selambanya dia cakap 'owh, sori, im late now, my bus was hon..hon..hon me... (Wakakakakakak..... ^__^ )
punye la perempuan korea tu gelak kan dia..'hahaha..u ar so funny girl'.
aper lagi, balik dari pesta buku tu, dia cite la kat aku and ibu and ayah ku..memang terbaik lawak adik aku ni.kononnya teror la cakap korea, tapi omputih pun berterabur.hahaha..siap ader hon..hon..hon...
*** aper-aper pon dik, respect jugak kat ko..berani jugak ek ko tegur orang tuh.hehehe***

^_^

alhamdulillah sekali lagi ku memanjatkan syukur kepadamu...semoga apa yang telah kau berikan pada ku hari ini sentiasa di rahmati dan diberkati....amin :)

^__________^ alhamdulillah

alhamdulillah....
syukur ke atas nikmat dah rahmat-Mu ya Allah...
tetapkan la hati kami agar kami sentiasa bersyukur akan nikmat-Mu dan tidak bongkak serta murahkan rezeki kami serta permudahkan segala urusan kami..

amin... :)


PART 1 : ~ragam adik ku~

sampai rumah semalam memang aku sakit perut gile.bukan sakit tak makan ke aper.tapi sakit sebab gelakkan cerita adik perempuan aku...gile lawak punye cite dia la..ishh...
---------------> to along: rasanya kalau ko dengar cite adik ko secara live, memang terbaik laa...
takpo la den wakilkan cito dio ekk..
Alkisahnya, adik aku ni ader rombongan dekat Kuala Lumpur,PWTC pasal pesta buku antarabangsa tu.dia pon pergi la..tengah dia jalan-jalan dia singgah la kat tempat orang putih jual buku sambil pasangkan earphone yang besar tu.so, org mat salleh tu pon ckp kat adik aku..'hey u, come here and listen this..' adik aku and kawan2 dia ni pon pegi le.dengar aper yang ader kat situ.mat salleh tu membebel la dengan panjang lebar dengan bahasa english nya.dah puas membebel dia tanye adik aku, 'r u understand?'..adik aku ni pon angguk le...dia sambung balik membebel and tanye lagi 'r u understand?' ..adik aku pon cakap le, 'ohh..yes..yes..of course'..and then, lepas mat salleh tu habis membebel adik aku pon kasi balik earphone tu..'so, u want to buy this book?'mat salleh tu tanye..adik aku dengan confidentnya jawab, 'ohhh..no.no..thank you'..dia pon nak blah la..skali mat saleh tu kata, ok tq and terima kasih'...adik aku cakap, la..reti cakap melayu rupanya, kan senang ko cakap melayu je tadi, tak payah aku pura-pura paham...hahahah...
-----------------> gilo betol adik den ni<----------------------------------

~ segannn~~

pagi tadi, sambil memandu menuju ke tempat kerja kalau tak dengar radio memang tak sah bukan?stesen radio yang menjadi pilihan hati ku adalah HOT FM..memang best AM krew dorang.tapi pagi tadi tak berapa best sebab Fara je yang handle Am krew tu.tapi yang menjadi topik sekarang ni adalah hot chat yang fara ke udarakan..tajuknya segan..dengar je topik tu terus aku tersenyum sendiri. nak tipon hot fm susah pulak.almaklumla, tengah fokus pada driving.hehehe...ceritanya SEGAN aku adalah ...................................................................

TEMPAT: PEJABAT IMIGRESEN,AYER KEROH.MELAKA

Punya la excited tunggu pasport nak siap.almaklumlah, tak pernah nak buat pasport.trip punye pasal, sampai ke tengah hari aku tunggu.

tengah tunggu giliran je ni..yang handle pasport tu pulak jejaka pulak tu.hehehe..
'Farhana'!!..sekali nama aku di panggil.aku pun terus le pergi kat 'jejaka imigresen ' tu.sesi perbualan pun bermula..
Mr.Imegresen: Baru nak buat pasport ek
Aku : A'ah bang (cheh..panggil abang.hehe)
Mr.Imegresen: Nak pergi mana ni? Opis trip ker?
Aku: (Dalam hati...eh, boleh tahan sibuk hal orang jugak mamat ni..) A'ah bang.opis trip..inyaallah pergi Bali nanti.
Mr.Imegresen: Oh, yeke.best nye..ok la tu kan.nak ikut boleh? (sambil tersengeh)
Aku: hehehe (gelak dulu) ikut la..
Mr.Imegresen: (tersenyum sambil tangan mengecop pasport aku) Awak keje kat mana ni?
Aku: Dekat je.kat Nordin Group.
Mr.Imegresen: OOO..tahu..pernah dengar nama company tu..Ok.pasport dah siap..boleh tak kasi no telefon?(sambil tangan dah ready pegang pen and kertas)
Aku: (Zaaapppppppppp......muka aku panas and merahh)..erkk..takpe la cik...
Mr.Imergresen: Ala..kasi la..kalu tak sy tak kasi awak punye pasport ti..cepat la..
Aku: (Heran jugak..aper ke halnye ko ni...)..erk..takpe la bang.lain kali ek.mana tahu saya datang sini ke..(Merah gile muke)
Mr.Imegresen: Ok la,takpe..lgpon sy dah ader data awak...(Sambil tersenyum)
Aku: Erk..ok la..time kasih..

aku pun terus ambik pasport and bla..sebab segan punye pasal..Mr tu sengeh2 je..geram betol aku di buatnya..aku menonong ajer la nak kuar pejabat imegresen tu..tolak la pintu dia..
eh..apasal tak boleh pulak nii...aku tolak2 tak boleh jugak pintu tuhh..
'Oii..nana, bukak belah sini laa...hahahah'..'ko ni, baru abang tu usha ko dah mengelabah..pintu pon ko tak geti bukak'....hahaha.

*hampeh tol member aku niii...........and hampeh tol mamat tuu..*
wat malu den yoooo.pintu pun tak geti nak bukak..ish.ish.nanot.nanot.itu la aku..seorang penyegan tak kira tempat..apo boleh buekkk...
~tersenyum sendiri~

kemBali

haiihhhh..lama benor tak menaip kat blog ni..bukan aper, dah takder nak story.kadang2 bila ader je benda nak story, takder mood pulak nak menaip kan.tapi takpe la, mood sekrang ok.cume tak tahu nk cerita aper pulak..apo laaa....
tadi tengok blog abang tersayang..dalam diam2 dia dah update banyak story daa...kejap betol.ader je dia idea nak menaip.yang aku ni terhegeh2 cari waktu nak menaip.nak menaip kat umah tak boleh, internet takder.sekrang ni PC aku terus tak leh gune.TERbakar punye pasal..ishhh..
nak pakai laptop takder pulak..hahahaha..konon2 nya mana la tahu cik abang ku nak belikan untuk adik nya pulak kan..heheh..'ko tak pernah beli kan kakngah barang yang berharga'..hahahahah....

hah..ni lagi satu..aku mencari seseorang ni.tapi sejak pagi tadi mesej yang di hantar tidak berbalas sebanyak dua kali (baru dua kali..dah kecohh)
entah aper hal nye pon tak tahu le..kemana beliau menghilang pon tak tahu le kan.harap dia ok dan mungkin keBZian nya itu menggangu semua urusan nya..takpo-takpo..

hah..ader lagi hal nye..tetibe tadi bukak FB..si kawan aku sorang ni dah cancel kan REunion ILP punye event pulak..aper ke hal nye to yoppp...
tak kan time tu pulak ko tetibe nak kawin pulak kot..aiyaa..
takpe la.nanti aku contact apasal pulak leh jadi macam tu.ni mesti pasal tak der sambutan ni..budak2 sekarang ni, bukan nye nak kasi kerjasama kan.takpe, den pi basoh dulu dorang niii...

Allah Selamat kan Kamu.....

lama betol nana tinggal kan dunia blog ni.chewahh..almaklumla..agak bizi sikit..banyak sebenarnya nak cerita tapi tu la, tak berkesempatan la pulakk..hehe :)
ok la..alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana-Nya ayah ku masih lagi sihat dan boleh meneruskan kerja-kerja nya..'Selamat Hari Lahir' buat ayah..terima kasih kerana masih lagi bersusah payah untuk anak-anak mu ini.. :)
so, malam sebelumnya, nana and diknor pergi le ke pekan untuk beli sesuatu untuk ayah..
bukan hadiah tau..tapi hanyalah kad..hahah...so nana and diknor telah berkongsi mendekorkan kad yang besar dan special buat ayah..keesokkannya ayah bangun terus diknor kasi.tersipu-sipu ayah menbaca kad tersebut.nak lagi Cik Piah pun menulis kat kad tu..siap ader muah.muah lagii..hahah..so sweett.. :) jadi layan ajer la gambar kad ni ekk..

(kad yang telah siap di decor)

(ni pulak, model...hehehe)

so, lepas ni nantikan pula kad khas untuk ibu ku pulakk...tungguuuu.....

coret-coret

hari ini agak tenang seperti biasa..kerja yang sepatotnya di buat telah nana setelkan..owh..begitu nyaman sekali..tenanggg..damaii...
tinggg...kembali kepada yang asal..berangan ajer cik nana ni kan.heheh
sebenarnay tak tahu le nak post aper kali ni..tapi yang best nya nana baru lepas baca blog yang sentiasa di nantikan oleh followers nya..kalu nak baca klik sini k zackzukhairi
nana suke cara beliau ceritakan semua tentang kehidupan yang dia lalui..memang best and kelakar..ader sampingan nasihat dan sebagainya...sempat mempromote blog orang ek. :)

minggu lepas nana and family pulang ke kampung kat nilai.dah lama nana tak balik.then, kitorang pon singah umah maklong and makan tengah hari di sana.maklong masak masak lemak udang dan ikan goreng kicap.lauk yang simple tapi memang sedap..lagipon memang tengah lapa kan.jadi memang licin la kitorang bedal..relaks je kejap then terus pi umah makusu pulak..rumah yang belom lagi siap sepenuhnya tapi nana memang amat suka hiasan dalaman nya..syiling kapur yang berwarna merah jampu + biru tercoise..combinasi yang cantik.. :)
cuti Maulidur Rasul nana bercuti dan habiskan masa di rumah sahaja..cume petang je nana kuar pi menziarah staff nana yang sakit di hospital melaka.semoga dia sentiasa tabah and di beri kesihatan yang baik hendakNya.amin :)

kong si fa cai.....

haiyaa...hali ini nana mau celita pasal itu cuti raya cina yang lalu...banyak selonok sangat maa...apa pasai selonok cik nana? ini pasal la....nana punya sedara ramai yang pulang ke kampung halamann...memang riuh punya rumah la jadi.keleta pun banyak parking loo...aiya...punya sesak maa...rasa macam sambut hari raya jugak la..ibu nana siap buat itu masak sambal bali.begitu syokk.hehehe...tapi di kira sambut jugak ma..atok nana kan berbangsa cina.tapi sudah memeluk agama islam..amin.. :)
kitaorg tak der pergi mana-mana pun..hanya lepak di rumah.petang2 main badminton sama sepupu kecik2..memang kita yang menang la.hahahah..
malam khamis alhamdulillah, kitorang berjemaah bersama untuk solat magrib dan isyak..sama2 baca Yassin jugak..semoga ikatan kekeluargaan ini akan berterusan hingga ke akhir hayat.. amin.. :)

esok malam tu pulakk...kitorang adakan Family BBQ. semua family join sekali termasuk la sepupu2 ku yang di sebelah rumah jer..memang riuh dengan gelak ketawa..bukan setakat BBQ sahaja, tapi kitorang selitkan sikit game untuk memeriahkan lagi suasana.bila jarang berkumpul ramai2, memang naik riuh la suasana kan..memang happening la... :)

so, nana sempat ambik gambar dalam acara yang paling nana suka and paling romantik sekali.hahah..acara botol susu..begitu comel yer ayah ku tido di riba ibu ku.waakakak....layanngambar agak gelap.almaklum la..hp teknologi malaysia.hahahaacara akan dimulakan sebentar lagi..jeng.jeng.jeng

tadaaaa...baby..alalalala..comeyyy..
dan akhirnya cuti, semua sudah pulang ke tempat asal masing2..yang balik Sarawak,yang balik Penang,yang balik KL..jadi rumah dah kembali sedia kala..kesunyiann... :(
tapi takpe, nanti ader cuti, boleh jumpa lagi kan.yang penting, tali persaudaraan antara dua belah pihak tetap utuh.. happyy :)

About this blog

blog budak ni laa...selamat datanggg.....

Blog Archive

Powered by Blogger.

tatapan

jom kita kongsi cerita yang baik di kongsikan yang buruk jadi pengajaran smile

Followers

Blog Archive

Featured Posts