Lama yea
menyepi dari mengupdate blog
Bukan ape,
sejak berpindah di company baru memang nana banyak sangat kerja.memang tak
menang tangan.
Semua nana
kena belajar sendiri and tiada istilah diajarkan kat sini. Jadi dengan bekalan
yang nana dapat dari nordin group dulu, nana praktikkan kat sini serba sedikit.
Thanks pada puan mazuin, kalau dulu bos nana tu tak ajar nana, nana rasa satu
ape pun nana tak kan start kat tempat baru ni..ohh..thankkss boss (miss
uuuuuuu)
Kehidupan??
Syukur Alhamdulillah..kehidupan
di dunia yang agak mencabar (bagi nana la kann.heheh) amat amat mematangkan
diri nana. Daripada dulu nana duk berkepit aje di bawah ketiak ibu, sekarang
semuanya nana kena belajar sendiri.
Rutin harian??
Dulu boleh
la memalas malasan di katil. Sekarang tidak lagi. Nana kena bangun awal untuk
buat sarapan and oh yaa..masak nasi and lauk yea utk bekalan sang suami. Yup,
hari hari encek husband akan bawak bekal ke tempat kerja. Bila time gaji je
macam jadi malas, sebab suh aje dia makan kat kedai.hehehe. Nana masuk kerja
pukul 9 pagi and balik pukul 6 petaang. Bukan lagi 5.30 seperti di nordin group
yeaa.aiyooo..pening kepala meh..
Then nana
terpaksa menunggu pulak husband utk ambik nana sebabnya moto husband sekarang
rosak. Okey, balik aje kerja nana terus pi kedai kat bawah flat tu utk beli
sayur ke, ikan ke tuk masak bekal ke esokkannya. Kadang2 lauk boleh sampai 2
hari. Heheh. Sampai 3 hari pun boleh..tapi tercirit-cirit la husband.hahaha
Lepas masak
utk keesokkannya, nana terus basuh baju. Oh ye, nana bukan pakai mesin basuh
ye, nana pakai 2 tangan utk memberus. Mesin basuh tak beli lagi. Baju nana,
nana basuh. Kalau dapat baju husband, dia la yang basuh. Sebab tak larat dengan
seluar jeans beliau itu..hehehe..
Lepas siap
sume sume tuh, apo lagi, tidoooooo..esok paginya baru terjagaa.hambekkkk..
Rumah???
LIFT
Cerita pasal
rumah. Erm, nana mula mula tak boleh terima sangat duduk kat situ. Mungkin nana
tak biasa utk berjauhan dengan family. And one more things, nana tak biasa
dengan ape yang terjadi. Untuk pengetahuan semua, nana duduk tingkat 15
daripada 16 tingkat. Maka dengan itu, nana second last la.hehehe. apa yang buat
nana terkejut masa mula-mula dulu adalah, satu kejadian tu nana terpaksa
mendaki ke tingkat 15 oleh kerana lift kat situ rosak. Itu dah membuatkan nana
menangis tak henti-henti malam tu. Sebabnya tak boleh terima kenyataan lagi. Bila
di risik risik, rupanya flat tu memang ada masa lift ok and ada masa lift tu
tak ok. So, nana kena sentiasa berwaspada. Pernah satu hari tu, nana balik
kerja penat-penat terpaksa pulak mendaki. Maka kekuatan mental dah fizikal amat
memerlukan time ini..moreee supplement pleaseeeeeeee
AIR
Lepas cerita
pasal air, ada satu lagi kejutan budaya. Rupanya di sekitar flat itu memang ada
masalah air. And itu lagi membuatkan nana tak boleh terima kenyataan. Mana boleh
taka da air kan?? Dengan bilik air yang kecil and tiada pun satu kolah that’s means
hanya shower, nana terpaksa membeli baldi yg banyak tuk menadah air. Sampai ada
satu tahap air tu takda sehingga ke maghrib. And faham faham aje la ape yang
terjadi pada kami. Of cosss kami tak mandi sehingga ke petang itu. Satu kerja
pun tak dapat nak buat. Okey, malam tu nangis lagi. Sampaikan husband jadi
serba salah and terpaksa menenangkan nana. Thanks J
DAPUR
Nana masuk
rumah tu hanya bawak pakaian and hadiah yg korang kasi masa kahwin hari tu. Bila
guna hadiah tu, teringat la pada korang.hehe. jadi utk dapur, satu cabinet pun
takda. Maka dengan daya kreativiti husband, meja study dia renovate jadi dapur
masak. Dapat letak dapur gas pun jadi la. Tapi lain pulak ceritanya, bila pagi
nana nak masak nasi goreng, kuali pulak tak dapat masuk kat situ. Sebabnya meja
tu ada penghadang kat sebelah tepinya. Kuali hadiah dripada ibu tak dapat
masuk. Dengan pantasnye, nana ambik periuk nana goreng nasi pakai periuk.haha
First time
goreng nasi dlm periuk. Ingatkan tak jadi nasi gorengnya, rupanya lazatt
okeyyyyyyyy.hahaha
ALMARI
Almari baju
pun nana tak ambik lagi. Nana nak ambik pun nana kena piker dulu sebabnya dengan
masalah lift yg kadang ok tu and lift yg kecik. Erm, entah la. So, buat masa ni
nana susun baju atas kotak hadiah. Jadi tak da la berabuk sikit. Kiranya, boleh
la masuk dalam rancangan bersamamu.heheh. sedeyy sikit la bentuknye. Dah naik
kendur dah kotak tu.heheh
Lagi ape
yea, rasanya dah banyak nana cerita perihal kehidupan nana yang baru nak masuk
3 minggu. And, lepas seminggu, baru nana dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling. Rupanya kat flat tu pun diduduki oleh kelompok keluarga. Maka terbit
dalam hati, kenapa mereka boleh hadapi and aku tak boleh kan?? Jadi nana sejak
itu, nana kuatkan semangat nana terima semua ini dengan hati yang berbuka. Tak apa
la nana susah sekrang, nanti nana akan senang kemudian harinya.betol takk? Nana
akan cuba menghadapi semua ini. Lama-lama nanti dalam rumah nana dah ada
perabot la. Korang pun dah boleh dating kat rumah nana nanti. Nana kena banyak
bersabar. And itu lah kekuatan nana. Sekarang pun nana dah jadi kebiasaan. Kadang
tu,bila lift lambat nana sendiri yg ajak husband mendaki. Tiada lagi lenguh
lenguh kaki or sendi. Kalau lenguh pun, minyak tiger bum kana de.heheheh.
Okey la,
nana stop sampai sini yea.panjang betol madah nye.
Don’t worry,
nana dah okey sekarangg..ni semua sekadar cerita aje.
Ini bukan
kisah utk mendapat perhatian tau. Ni hanya utk berkongsi cerita dan pengalaman.
Sekurangnya nana ada stu pengalaman yg menarik utk di kongsi pada anak anak
nana nanti J
See u in
other entry ya..