don't worry we have allah on our side...amin

"orang yang dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar"

update entry yg dah lama tak update

Lama yea menyepi dari mengupdate blog
Bukan ape, sejak berpindah di company baru memang nana banyak sangat kerja.memang tak menang tangan.
Semua nana kena belajar sendiri and tiada istilah diajarkan kat sini. Jadi dengan bekalan yang nana dapat dari nordin group dulu, nana praktikkan kat sini serba sedikit. Thanks pada puan mazuin, kalau dulu bos nana tu tak ajar nana, nana rasa satu ape pun nana tak kan start kat tempat baru ni..ohh..thankkss boss (miss uuuuuuu)

Kehidupan??
Syukur Alhamdulillah..kehidupan di dunia yang agak mencabar (bagi nana la kann.heheh) amat amat mematangkan diri nana. Daripada dulu nana duk berkepit aje di bawah ketiak ibu, sekarang semuanya nana kena belajar sendiri.

Rutin harian??
Dulu boleh la memalas malasan di katil. Sekarang tidak lagi. Nana kena bangun awal untuk buat sarapan and oh yaa..masak nasi and lauk yea utk bekalan sang suami. Yup, hari hari encek husband akan bawak bekal ke tempat kerja. Bila time gaji je macam jadi malas, sebab suh aje dia makan kat kedai.hehehe. Nana masuk kerja pukul 9 pagi and balik pukul 6 petaang. Bukan lagi 5.30 seperti di nordin group yeaa.aiyooo..pening kepala meh..
Then nana terpaksa menunggu pulak husband utk ambik nana sebabnya moto husband sekarang rosak. Okey, balik aje kerja nana terus pi kedai kat bawah flat tu utk beli sayur ke, ikan ke tuk masak bekal ke esokkannya. Kadang2 lauk boleh sampai 2 hari. Heheh. Sampai 3 hari pun boleh..tapi tercirit-cirit la husband.hahaha
Lepas masak utk keesokkannya, nana terus basuh baju. Oh ye, nana bukan pakai mesin basuh ye, nana pakai 2 tangan utk memberus. Mesin basuh tak beli lagi. Baju nana, nana basuh. Kalau dapat baju husband, dia la yang basuh. Sebab tak larat dengan seluar jeans beliau itu..hehehe..
Lepas siap sume sume tuh, apo lagi, tidoooooo..esok paginya baru terjagaa.hambekkkk..

Rumah???
LIFT
Cerita pasal rumah. Erm, nana mula mula tak boleh terima sangat duduk kat situ. Mungkin nana tak biasa utk berjauhan dengan family. And one more things, nana tak biasa dengan ape yang terjadi. Untuk pengetahuan semua, nana duduk tingkat 15 daripada 16 tingkat. Maka dengan itu, nana second last la.hehehe. apa yang buat nana terkejut masa mula-mula dulu adalah, satu kejadian tu nana terpaksa mendaki ke tingkat 15 oleh kerana lift kat situ rosak. Itu dah membuatkan nana menangis tak henti-henti malam tu. Sebabnya tak boleh terima kenyataan lagi. Bila di risik risik, rupanya flat tu memang ada masa lift ok and ada masa lift tu tak ok. So, nana kena sentiasa berwaspada. Pernah satu hari tu, nana balik kerja penat-penat terpaksa pulak mendaki. Maka kekuatan mental dah fizikal amat memerlukan time ini..moreee supplement pleaseeeeeeee 

AIR
Lepas cerita pasal air, ada satu lagi kejutan budaya. Rupanya di sekitar flat itu memang ada masalah air. And itu lagi membuatkan nana tak boleh terima kenyataan. Mana boleh taka da air kan?? Dengan bilik air yang kecil and tiada pun satu kolah that’s means hanya shower, nana terpaksa membeli baldi yg banyak tuk menadah air. Sampai ada satu tahap air tu takda sehingga ke maghrib. And faham faham aje la ape yang terjadi pada kami. Of cosss kami tak mandi sehingga ke petang itu. Satu kerja pun tak dapat nak buat. Okey, malam tu nangis lagi. Sampaikan husband jadi serba salah and terpaksa menenangkan nana. Thanks J

DAPUR
Nana masuk rumah tu hanya bawak pakaian and hadiah yg korang kasi masa kahwin hari tu. Bila guna hadiah tu, teringat la pada korang.hehe. jadi utk dapur, satu cabinet pun takda. Maka dengan daya kreativiti husband, meja study dia renovate jadi dapur masak. Dapat letak dapur gas pun jadi la. Tapi lain pulak ceritanya, bila pagi nana nak masak nasi goreng, kuali pulak tak dapat masuk kat situ. Sebabnya meja tu ada penghadang kat sebelah tepinya. Kuali hadiah dripada ibu tak dapat masuk. Dengan pantasnye, nana ambik periuk nana goreng nasi pakai periuk.haha  
First time goreng nasi dlm periuk. Ingatkan tak jadi nasi gorengnya, rupanya lazatt okeyyyyyyyy.hahaha

ALMARI
Almari baju pun nana tak ambik lagi. Nana nak ambik pun nana kena piker dulu sebabnya dengan masalah lift yg kadang ok tu and lift yg kecik. Erm, entah la. So, buat masa ni nana susun baju atas kotak hadiah. Jadi tak da la berabuk sikit. Kiranya, boleh la masuk dalam rancangan bersamamu.heheh. sedeyy sikit la bentuknye. Dah naik kendur dah kotak tu.heheh

Lagi ape yea, rasanya dah banyak nana cerita perihal kehidupan nana yang baru nak masuk 3 minggu. And, lepas seminggu, baru nana dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Rupanya kat flat tu pun diduduki oleh kelompok keluarga. Maka terbit dalam hati, kenapa mereka boleh hadapi and aku tak boleh kan?? Jadi nana sejak itu, nana kuatkan semangat nana terima semua ini dengan hati yang berbuka. Tak apa la nana susah sekrang, nanti nana akan senang kemudian harinya.betol takk? Nana akan cuba menghadapi semua ini. Lama-lama nanti dalam rumah nana dah ada perabot la. Korang pun dah boleh dating kat rumah nana nanti. Nana kena banyak bersabar. And itu lah kekuatan nana. Sekarang pun nana dah jadi kebiasaan. Kadang tu,bila lift lambat nana sendiri yg ajak husband mendaki. Tiada lagi lenguh lenguh kaki or sendi. Kalau lenguh pun, minyak tiger bum kana de.heheheh.

Okey la, nana stop sampai sini yea.panjang betol madah nye.
Don’t worry, nana dah okey sekarangg..ni semua sekadar cerita aje.

Ini bukan kisah utk mendapat perhatian tau. Ni hanya utk berkongsi cerita dan pengalaman. Sekurangnya nana ada stu pengalaman yg menarik utk di kongsi pada anak anak nana nanti J

See u in other entry ya..

for the last moment...........


Okey,
10/6 adalah hari terakhir aku bekerja di Nordin Group
Sekejap sahaja masa berlalu..dari pada aku bekerja dengan status single and sekarang dah married dah pun.
Tapi, itula hakikatnya, setiap pertemuan mesti adal perpisahan.Cuma tidak tahu cara perpisahan itu bagaimana.

Dan utk aku, aku bakal berpindah ke tempat yang sepatutnya, iaitu di sisi suami tercinta.
Sebenarnya hasrat suamiku dah lama dia sampaikan.tapi aku aje yang keras kepala sikit tak mau pergi dulu.puas aku pusing sana pusing sini tapi akhirnya kena jugak la pergi.tak sampai hati pulak tengok dia macam tu.yela duit boleh simpan tapi kasi free-free je pada tukang jual tiket bas tu haa.hehehe..

Jadi, aku masih lagi mencari rumah sewa di kl tu.tak juga jumpa-jumpa.tak tahu la jumpe ke tak sebenarnya.kalau tak jumpa, aku akn duduk dulu dgn mak mertua sementara waktu.hope cepatla dapat rumah.senang sikit nak pi kerja.takda la jauh sangat nak pi kan.dengan jem nye lagi.entah sampai pukul berapa la nanti.

Perasaan aku???sudah tentu aku sedih.bila tengok kalender je rasa macam haihhhhh…nak jatuh aje air mata ni.berat hati nak tinggalkan semua ni.banyak kenangan yang nana dapat.banyak juga pelajaran yg nana dapat.daripada nana masuk dulu, kosong tak tahu ape-ape, sekarang nana dah dapat banyak ilmu daripada bekerja kat sini.bak kata bos nana’sekurang-kurangnya nana keluar daripada nordin group penuh dengan ilmu, itu pun sudah cukup untuk dibanggakan’

Nana dah siapkan kerja yg sepatutnya.hanya tinggal saki baki je sikit yg perlu staff baru buat. Oh ya, sampaikan kenalan-kenalan di Maybank pun terkejut nana nak pindah.hahaha..siap telefon lagi Tanya kenapa nak pindah.masing-masing dah biasa dengan nana walaupun tak pernah bersua muka, tapi kita bekerja dengan diorang melalui phone sahaja.itu pun boleh menjadi ramah and mesra.bila diorang tahu, tu diorang pun terkejut jugak tuh.tak pe la, mungkin kita akan bekerja lagi satu hari nanti. J and diorang wish good luck pada nana.sungguh terharuu..thanksss 


Hanya tinggal 7 hari sahaja yang tinggal..dan selamat tinggal semua :’’(
Doakan yang terbaik utk nana pada masa akan datang.

pertemuan------> perpisahan

lama tak update blog
kadang-kadang ada idea
time nak tulis time tu la takda masa
belum lagi kalau dah terlupa hehehe

alhamdulillah, dah nak masuk 4 bulan berkahwin
and tidak lama lagi satu lagi kehidupan baru bakal berlaku

kehidupan di tempat baru

kehidupan di area baru
kehidupan berdua
kehidupan kerja baru

masa berlalu dengan cepat
dah masuk bulan 4

dan akhirnya segala pertemuan yg berlaku akan berlaku perpisahan

haluuuu

halu...kononnya berkesempatan la ni nak mengupdate blog.keje ada sebenarnya, tapi tengah kepeningan lalat, jadi cari la penawarnya kan.hehehe
banyak cerita ni nana nak kongsi..

first2 sekali pada 24/2/2013 hari tu, Gee Cantik ada buat fashion show di Mitc Mydin Ayer Keroh,Melaka.So, nana and family turun beramai2 pi pakat duk tengok.almaklumla, adik nana terlibat sama dengan program tersebut.Jadi kasi sokongan la pada dia.Nanti dia sedih pulakkan.So, memang happening bila diorang memperagakan baju2 keluaran Gee Cantik dan pereka adalah Azrin Hashim..So, Congratz la yeaa :)

Second, Bos nana selamat berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.Semoga beliau tenang sentiasa mengerjakan umrah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik bila di sana nanti..Sunyi rasanya bila bos takde.Rasa kehilangan jugak.Selalu ada je ulang alik depan mata.Berborak sana sini.Ermm, agaknye bila nana pindah, mesti nana akan rasa sunyi jugak dengan bos..haiiihhh..tertibe sedih.heheh.
Tup..tupp bila naik opis, bos tinggalkan memo tuuhh...Bila bos takde jangan mengguloo pulak la ehh.Buat kerja tauu...hahaha...



Ha, gambar kat atas tu pulak adalah Cupcakes Rainbow yang nana and husband buat.Punye la rajin pulak cik abg menolong mixer kan adunan and masukkan dalam cawan kertas.hehehe.thanks yeaa darlingg



Nana buat tu sempena anak buah makuda punye hari lahir.Jadi nana tak da ape nak kasi, nana buatkan kan sikit cupcakes tuh.Sempat jugak search dulu resepi mana yang sedang and simple.Akhirnya, memang terbukti sedapnya..nyummyyy..


 And the last, nana sekarang tengah cube and try makan supplement dari Shaklee. Memang nana dah tahu keberkesanan produk ni.Tapi masa tu belum try nak beli lagi.Then kebetulan ada staff nana yang agen produk ni.Setelah di beri sedikit penerangan and dah lihat semua testimoni dari fb dia.Nana try ambik set percubaan.Jadi nana beli Omega Guard, B-Complex and Vita-Lea..
So, ina, nana pun nak sharekan pada ina jigak produk ni.Mana tahu lepas ni ada rezeki kita berdua pulak.Lelaki pun boleh guna tauuu..Ada masa ini tengok link Fb Mamaraihanah eh.Kalau ina nak mintak nana tanye2 kan pun boleh ajee ^____^

fuh..panjang lebar nye la kan..jadi itu la satu minggu punye entry..kumpul kasi banyak.hehehe see uu

hujung minggu punye cerita

ha..
nak update blog asyik ternanti2 je.
cerita banyak nak kongsi, sampai dah terlupa dah nak cerita ape.
hehehe
tapi yang bestnye kaklong pulanggg.yehuuuu
so, hujung minggu kitorg pi mandi manda di pantai PD
air jernih tauu.best sangat.
ombak pun takdeee.tenang ajeee :)

release jugak la tension
cik abg pun balik :)

oh ya, minggu ni saya pulang ke kampung pulakk
cuti-cuti selangor pulak
drive ke kl la nampaknye.heheh

okey, nanti kita cerita lagi yeaa
see u


one month

alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah :)

sekejap je masa berlalu.
dah satu bulan usia perkahwinanku
aku mahu lagi lama dengan dia.


semoga lama ini sehingga ke syurga :)



oh ya..
nana masih belum pindah lagi ke KL
so, nana jumpe husband tiap hujung mnggu je
kalau cuti panjang, nana balik kampung Selangor
kalau tak, husband akan turun Melaka tiap hari sabtu
pastu hari isnin husband akan balik semula kat KL
takpe la, mula mula duk jauh jauh sikit kan sementara nana nak cari
kerja kat sana.hope takda ape2 masalah la nanti

weekends pun tak pegi memana pun.just duk rumah makan masak and tido.hahahah.
takda program ape2 pun
tapi inyaallah, cuti Tahun Baru Cina nanti ada family day
and wan pertama kali terlibat dalam acara ini.
hope wan tak kekok and enjoy la.tak sabarnyeee ^_^




   


new year,new life,new title

alhamdulillah
bersyukur kepadaMu Ya Allah
selesai juga majlis di Masjid Tanah dan juga di Selangor
kini status bertukar menjadi puan dan isteri 

nak cite pasal majlis memang banyak sangat story nak share.rasanye entry ni akan panjang menjela jela.hahah
tapi serba sedikit je la kan nana boleh share kan kat sini

nana selamat dinikahkan oleh ayah nana sendiri pada petang Jumaat selepas Asar.Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz nana sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Idzuan B.Salamom. Kelegaan memang terasa dan pada masa yang sama sebak menguasai diri.Dengan sebak yang ada, nota serahan dibaca.Maka lepaslah tanggungjawab seorang ayah dan tanggungjawab diserahkan pula kepada si suami.

Dengan penuh doa, semoga semuanya dipermudahkan.Amin :)
oh ya, tema pada majlis nikah ni adalah pink lembut.

Majlis disambung lagi dengan malam berinai.nana pakai baju songket dan bersanggul lintang.tapi gambar takde la pulak nak tunjuk.
oh ya, baju di atas rekaan oleh adik nana sendiri.last minute punye baju.tapi hasilnyaa, alhamdulillah..amat puas hati.

Kemuncaknya adalah pada tanggal 22hb. Majlis bertemakan purple pink. purple untuk baju nana dan pink untuk baju along nana.Alhamdulillah, cuaca memang sangat mengizinkan dan ramai yang datang.terima kasih sangat nana ucapkan pada yang hadir. 


 buah hati ^___^



Selepas itu, ape lagi orang pun dah takde, sesi mengemas pulak berlangsung.nana balik dari photoshoot, semua meja makan,pelamin sume dah takde dah..siapp dah kemassnyee.tabik spring la pada nana punye sedara,sepupu semua.nana rasa tanpa korang memang terkontang kanting la nana and family.itu la dia sebuah keluarga.semua saling memerlukan.terima kasihhhhh ^_______________^

Untuk majlis sebelah lelaki, berlangsung pada 30hb iaitu hari Ahad.tema merah silver.perghh, seumur hidup sekali nana pakai merah.but hasilnye amat cantik.dengan makeup hasil Gee Cantik dan baju pulak dari Gee Cantik Bridal House. Memang merah la orang pandang.hahahah.ini la hasilnyaaaaaa 


 bilangan adik beradik dah bertambah nampaknyeee..kena beli meja makan lagi besar..alonggg, sila kumpul wit wit

 auuummmmmm................

 inilah suami kuuuu...hehehe.


okey, itu je la story yg dapat dishare buat masa sekarang.buat masa ni nana and suami berjauhan buat sementara waktu.tempoh masih samar2 lagi.tapi untuk berpindah kemungkinan itu ada.doakan la agar semuanya dipermudahkan ^___^
lepas ni asyik cite pasal life aje la..
Dikesempatan ini nana nak ucapkan ribuaann dan jutaaaam terima kasihh pada semua ahli keluarga yang terlibat.nana harap hubungan kekeluargaan ni tak akan putus dan akan kekal macam ni sehingga ke cucu cicit..
Perasaan terharu gembira malu segan semua ada.nana tak dapat dah membalasnya tapi nana tahu Tuhan ada untuk memberi seribu rahmat kepada anda semua ^_______^

To ibu ayah: terima kasih menjaga kakgah sehingga la kakngah bersuami.terima kasih kerana sudi meredhakan semuanya.mintak maaf andai selama ini selalu membuat kamu berdua tidak sedap hati dengan kelakuan ku.pengorbananmu inyaallah, akan kakgah cuba balas.inyaallah
To kaklong: thanks for everythinggg..kaklong selalu sudi dengar segala masalah dan selalu menyenangkan dikala kebuntuan.ada aje kegegembiraan yg kaklong selitkan.terus hilang stress.thanks kaklongg :)
To along: thanks sebab selalu menjadi orang tengah dan menjadi penasihat yang berguna.selalu menyenangkan dikala orang susah.selalu bertanyakan segala masalah.thanks ucapan hari tuu.terasa sedih sebab tak dapat lagi nak kasi sepenuhnya dan lebih dari ape yang perlu kerana kamu sentiasa tahu disebaliknya. :'''''(
To erin: thanks dengan baju yang direka.thanks sudi melayan karenah kakngah and selalu menjadi tempat utk kakngah melepaskan tekanan.semoga kamu sentiasa suksess selalu dlm bidang ini.
to diknor: thanks tolong kakgah.lepas ni kena la pulak ambik alih tugas kakgah..dont malas2 lagi dah..

terima kasihhhh ^____________________________^


note: ina, lama awk tak update blog.nampaknye jadi surirumah amat sibuk yea.heheh.takpee, nanti kita jumpe sesama lagi.kalau ada2 tempat yg nak pi bgtahu la.boleh join sekaki..hehehe.

About this blog

blog budak ni laa...selamat datanggg.....
Powered by Blogger.

tatapan

jom kita kongsi cerita yang baik di kongsikan yang buruk jadi pengajaran smile

Followers

Featured Posts