don't worry we have allah on our side...amin

"orang yang dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar"

update entry yg dah lama tak update

Lama yea menyepi dari mengupdate blog
Bukan ape, sejak berpindah di company baru memang nana banyak sangat kerja.memang tak menang tangan.
Semua nana kena belajar sendiri and tiada istilah diajarkan kat sini. Jadi dengan bekalan yang nana dapat dari nordin group dulu, nana praktikkan kat sini serba sedikit. Thanks pada puan mazuin, kalau dulu bos nana tu tak ajar nana, nana rasa satu ape pun nana tak kan start kat tempat baru ni..ohh..thankkss boss (miss uuuuuuu)

Kehidupan??
Syukur Alhamdulillah..kehidupan di dunia yang agak mencabar (bagi nana la kann.heheh) amat amat mematangkan diri nana. Daripada dulu nana duk berkepit aje di bawah ketiak ibu, sekarang semuanya nana kena belajar sendiri.

Rutin harian??
Dulu boleh la memalas malasan di katil. Sekarang tidak lagi. Nana kena bangun awal untuk buat sarapan and oh yaa..masak nasi and lauk yea utk bekalan sang suami. Yup, hari hari encek husband akan bawak bekal ke tempat kerja. Bila time gaji je macam jadi malas, sebab suh aje dia makan kat kedai.hehehe. Nana masuk kerja pukul 9 pagi and balik pukul 6 petaang. Bukan lagi 5.30 seperti di nordin group yeaa.aiyooo..pening kepala meh..
Then nana terpaksa menunggu pulak husband utk ambik nana sebabnya moto husband sekarang rosak. Okey, balik aje kerja nana terus pi kedai kat bawah flat tu utk beli sayur ke, ikan ke tuk masak bekal ke esokkannya. Kadang2 lauk boleh sampai 2 hari. Heheh. Sampai 3 hari pun boleh..tapi tercirit-cirit la husband.hahaha
Lepas masak utk keesokkannya, nana terus basuh baju. Oh ye, nana bukan pakai mesin basuh ye, nana pakai 2 tangan utk memberus. Mesin basuh tak beli lagi. Baju nana, nana basuh. Kalau dapat baju husband, dia la yang basuh. Sebab tak larat dengan seluar jeans beliau itu..hehehe..
Lepas siap sume sume tuh, apo lagi, tidoooooo..esok paginya baru terjagaa.hambekkkk..

Rumah???
LIFT
Cerita pasal rumah. Erm, nana mula mula tak boleh terima sangat duduk kat situ. Mungkin nana tak biasa utk berjauhan dengan family. And one more things, nana tak biasa dengan ape yang terjadi. Untuk pengetahuan semua, nana duduk tingkat 15 daripada 16 tingkat. Maka dengan itu, nana second last la.hehehe. apa yang buat nana terkejut masa mula-mula dulu adalah, satu kejadian tu nana terpaksa mendaki ke tingkat 15 oleh kerana lift kat situ rosak. Itu dah membuatkan nana menangis tak henti-henti malam tu. Sebabnya tak boleh terima kenyataan lagi. Bila di risik risik, rupanya flat tu memang ada masa lift ok and ada masa lift tu tak ok. So, nana kena sentiasa berwaspada. Pernah satu hari tu, nana balik kerja penat-penat terpaksa pulak mendaki. Maka kekuatan mental dah fizikal amat memerlukan time ini..moreee supplement pleaseeeeeeee 

AIR
Lepas cerita pasal air, ada satu lagi kejutan budaya. Rupanya di sekitar flat itu memang ada masalah air. And itu lagi membuatkan nana tak boleh terima kenyataan. Mana boleh taka da air kan?? Dengan bilik air yang kecil and tiada pun satu kolah that’s means hanya shower, nana terpaksa membeli baldi yg banyak tuk menadah air. Sampai ada satu tahap air tu takda sehingga ke maghrib. And faham faham aje la ape yang terjadi pada kami. Of cosss kami tak mandi sehingga ke petang itu. Satu kerja pun tak dapat nak buat. Okey, malam tu nangis lagi. Sampaikan husband jadi serba salah and terpaksa menenangkan nana. Thanks J

DAPUR
Nana masuk rumah tu hanya bawak pakaian and hadiah yg korang kasi masa kahwin hari tu. Bila guna hadiah tu, teringat la pada korang.hehe. jadi utk dapur, satu cabinet pun takda. Maka dengan daya kreativiti husband, meja study dia renovate jadi dapur masak. Dapat letak dapur gas pun jadi la. Tapi lain pulak ceritanya, bila pagi nana nak masak nasi goreng, kuali pulak tak dapat masuk kat situ. Sebabnya meja tu ada penghadang kat sebelah tepinya. Kuali hadiah dripada ibu tak dapat masuk. Dengan pantasnye, nana ambik periuk nana goreng nasi pakai periuk.haha  
First time goreng nasi dlm periuk. Ingatkan tak jadi nasi gorengnya, rupanya lazatt okeyyyyyyyy.hahaha

ALMARI
Almari baju pun nana tak ambik lagi. Nana nak ambik pun nana kena piker dulu sebabnya dengan masalah lift yg kadang ok tu and lift yg kecik. Erm, entah la. So, buat masa ni nana susun baju atas kotak hadiah. Jadi tak da la berabuk sikit. Kiranya, boleh la masuk dalam rancangan bersamamu.heheh. sedeyy sikit la bentuknye. Dah naik kendur dah kotak tu.heheh

Lagi ape yea, rasanya dah banyak nana cerita perihal kehidupan nana yang baru nak masuk 3 minggu. And, lepas seminggu, baru nana dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Rupanya kat flat tu pun diduduki oleh kelompok keluarga. Maka terbit dalam hati, kenapa mereka boleh hadapi and aku tak boleh kan?? Jadi nana sejak itu, nana kuatkan semangat nana terima semua ini dengan hati yang berbuka. Tak apa la nana susah sekrang, nanti nana akan senang kemudian harinya.betol takk? Nana akan cuba menghadapi semua ini. Lama-lama nanti dalam rumah nana dah ada perabot la. Korang pun dah boleh dating kat rumah nana nanti. Nana kena banyak bersabar. And itu lah kekuatan nana. Sekarang pun nana dah jadi kebiasaan. Kadang tu,bila lift lambat nana sendiri yg ajak husband mendaki. Tiada lagi lenguh lenguh kaki or sendi. Kalau lenguh pun, minyak tiger bum kana de.heheheh.

Okey la, nana stop sampai sini yea.panjang betol madah nye.
Don’t worry, nana dah okey sekarangg..ni semua sekadar cerita aje.

Ini bukan kisah utk mendapat perhatian tau. Ni hanya utk berkongsi cerita dan pengalaman. Sekurangnya nana ada stu pengalaman yg menarik utk di kongsi pada anak anak nana nanti J

See u in other entry ya..

0 komen-komen:

About this blog

blog budak ni laa...selamat datanggg.....
Powered by Blogger.

tatapan

jom kita kongsi cerita yang baik di kongsikan yang buruk jadi pengajaran smile

Followers

Featured Posts