Okey,
10/6 adalah hari terakhir aku
bekerja di Nordin Group
Sekejap sahaja masa berlalu..dari
pada aku bekerja dengan status single and sekarang dah married dah pun.
Tapi, itula hakikatnya, setiap
pertemuan mesti adal perpisahan.Cuma tidak tahu cara perpisahan itu bagaimana.
Dan utk aku, aku bakal berpindah
ke tempat yang sepatutnya, iaitu di sisi suami tercinta.
Sebenarnya hasrat suamiku dah
lama dia sampaikan.tapi aku aje yang keras kepala sikit tak mau pergi dulu.puas
aku pusing sana pusing sini tapi akhirnya kena jugak la pergi.tak sampai hati
pulak tengok dia macam tu.yela duit boleh simpan tapi kasi free-free je pada
tukang jual tiket bas tu haa.hehehe..
Jadi, aku masih lagi mencari
rumah sewa di kl tu.tak juga jumpa-jumpa.tak tahu la jumpe ke tak
sebenarnya.kalau tak jumpa, aku akn duduk dulu dgn mak mertua sementara
waktu.hope cepatla dapat rumah.senang sikit nak pi kerja.takda la jauh sangat
nak pi kan.dengan jem nye lagi.entah sampai pukul berapa la nanti.
Perasaan aku???sudah tentu aku
sedih.bila tengok kalender je rasa macam haihhhhh…nak jatuh aje air mata ni.berat
hati nak tinggalkan semua ni.banyak kenangan yang nana dapat.banyak juga
pelajaran yg nana dapat.daripada nana masuk dulu, kosong tak tahu ape-ape,
sekarang nana dah dapat banyak ilmu daripada bekerja kat sini.bak kata bos nana’sekurang-kurangnya
nana keluar daripada nordin group penuh dengan ilmu, itu pun sudah cukup untuk
dibanggakan’
Nana dah siapkan kerja yg
sepatutnya.hanya tinggal saki baki je sikit yg perlu staff baru buat. Oh ya,
sampaikan kenalan-kenalan di Maybank pun terkejut nana nak pindah.hahaha..siap
telefon lagi Tanya kenapa nak pindah.masing-masing dah biasa dengan nana
walaupun tak pernah bersua muka, tapi kita bekerja dengan diorang melalui phone
sahaja.itu pun boleh menjadi ramah and mesra.bila diorang tahu, tu diorang pun
terkejut jugak tuh.tak pe la, mungkin kita akan bekerja lagi satu hari nanti. J and diorang wish good
luck pada nana.sungguh terharuu..thanksss
Hanya tinggal 7 hari sahaja yang
tinggal..dan selamat tinggal semua :’’(
Doakan yang terbaik utk nana pada
masa akan datang.