don't worry we have allah on our side...amin

"orang yang dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar"

new year,new life,new title

alhamdulillah
bersyukur kepadaMu Ya Allah
selesai juga majlis di Masjid Tanah dan juga di Selangor
kini status bertukar menjadi puan dan isteri 

nak cite pasal majlis memang banyak sangat story nak share.rasanye entry ni akan panjang menjela jela.hahah
tapi serba sedikit je la kan nana boleh share kan kat sini

nana selamat dinikahkan oleh ayah nana sendiri pada petang Jumaat selepas Asar.Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz nana sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Idzuan B.Salamom. Kelegaan memang terasa dan pada masa yang sama sebak menguasai diri.Dengan sebak yang ada, nota serahan dibaca.Maka lepaslah tanggungjawab seorang ayah dan tanggungjawab diserahkan pula kepada si suami.

Dengan penuh doa, semoga semuanya dipermudahkan.Amin :)
oh ya, tema pada majlis nikah ni adalah pink lembut.

Majlis disambung lagi dengan malam berinai.nana pakai baju songket dan bersanggul lintang.tapi gambar takde la pulak nak tunjuk.
oh ya, baju di atas rekaan oleh adik nana sendiri.last minute punye baju.tapi hasilnyaa, alhamdulillah..amat puas hati.

Kemuncaknya adalah pada tanggal 22hb. Majlis bertemakan purple pink. purple untuk baju nana dan pink untuk baju along nana.Alhamdulillah, cuaca memang sangat mengizinkan dan ramai yang datang.terima kasih sangat nana ucapkan pada yang hadir. 


 buah hati ^___^



Selepas itu, ape lagi orang pun dah takde, sesi mengemas pulak berlangsung.nana balik dari photoshoot, semua meja makan,pelamin sume dah takde dah..siapp dah kemassnyee.tabik spring la pada nana punye sedara,sepupu semua.nana rasa tanpa korang memang terkontang kanting la nana and family.itu la dia sebuah keluarga.semua saling memerlukan.terima kasihhhhh ^_______________^

Untuk majlis sebelah lelaki, berlangsung pada 30hb iaitu hari Ahad.tema merah silver.perghh, seumur hidup sekali nana pakai merah.but hasilnye amat cantik.dengan makeup hasil Gee Cantik dan baju pulak dari Gee Cantik Bridal House. Memang merah la orang pandang.hahahah.ini la hasilnyaaaaaa 


 bilangan adik beradik dah bertambah nampaknyeee..kena beli meja makan lagi besar..alonggg, sila kumpul wit wit

 auuummmmmm................

 inilah suami kuuuu...hehehe.


okey, itu je la story yg dapat dishare buat masa sekarang.buat masa ni nana and suami berjauhan buat sementara waktu.tempoh masih samar2 lagi.tapi untuk berpindah kemungkinan itu ada.doakan la agar semuanya dipermudahkan ^___^
lepas ni asyik cite pasal life aje la..
Dikesempatan ini nana nak ucapkan ribuaann dan jutaaaam terima kasihh pada semua ahli keluarga yang terlibat.nana harap hubungan kekeluargaan ni tak akan putus dan akan kekal macam ni sehingga ke cucu cicit..
Perasaan terharu gembira malu segan semua ada.nana tak dapat dah membalasnya tapi nana tahu Tuhan ada untuk memberi seribu rahmat kepada anda semua ^_______^

To ibu ayah: terima kasih menjaga kakgah sehingga la kakngah bersuami.terima kasih kerana sudi meredhakan semuanya.mintak maaf andai selama ini selalu membuat kamu berdua tidak sedap hati dengan kelakuan ku.pengorbananmu inyaallah, akan kakgah cuba balas.inyaallah
To kaklong: thanks for everythinggg..kaklong selalu sudi dengar segala masalah dan selalu menyenangkan dikala kebuntuan.ada aje kegegembiraan yg kaklong selitkan.terus hilang stress.thanks kaklongg :)
To along: thanks sebab selalu menjadi orang tengah dan menjadi penasihat yang berguna.selalu menyenangkan dikala orang susah.selalu bertanyakan segala masalah.thanks ucapan hari tuu.terasa sedih sebab tak dapat lagi nak kasi sepenuhnya dan lebih dari ape yang perlu kerana kamu sentiasa tahu disebaliknya. :'''''(
To erin: thanks dengan baju yang direka.thanks sudi melayan karenah kakngah and selalu menjadi tempat utk kakngah melepaskan tekanan.semoga kamu sentiasa suksess selalu dlm bidang ini.
to diknor: thanks tolong kakgah.lepas ni kena la pulak ambik alih tugas kakgah..dont malas2 lagi dah..

terima kasihhhh ^____________________________^


note: ina, lama awk tak update blog.nampaknye jadi surirumah amat sibuk yea.heheh.takpee, nanti kita jumpe sesama lagi.kalau ada2 tempat yg nak pi bgtahu la.boleh join sekaki..hehehe.

0 komen-komen:

About this blog

blog budak ni laa...selamat datanggg.....
Powered by Blogger.

tatapan

jom kita kongsi cerita yang baik di kongsikan yang buruk jadi pengajaran smile

Followers

Featured Posts